PAK 21: PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

  • MOHD RIDZUAN PADZIL UKM

Abstract

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)  adalah merupakan suatu transformasi pendidikan yang di perkenalkan oleh KPM bagi menyediakan murid yang mempunyai pemikiran global dan kreatif serta memahami bagaimana untuk mengaplikasi teknologi masa kini dalam penyelesaian masalah masa hadapan. Pelaksanaan RBT memberi penekanan kepada pendedahan dalam mereka bentuk dan penghasilan produk berasaskan teknologi dan selari dengan matlamat RBT itu sendiri untuk melahirkan pelajar yang komited serta mempunyai pengetahuan, kemahiran, nilai, estetika dan teknologi serta dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan menjana idea untuk menghasilkan produk baharu di samping menjadi pereka bentuk yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan. Pembelajaran berasaskan projek adalah merupakan antara inovasi pembelajaran abad ke 21 yang berpusatkan pelajar. Pendekatan pembelajaran ini mendorong pelajar untuk bersifat aktif menjalankan proses kolaborasi, berkomunikasi sesama rakan dalam suatu kumpulan kecil bagi melaksanakan tugasan projek.  Pembelajaran berasaskan projek dilihat sebagai suatu pendekatan yang sesuai dan relevan terhadap perubahan pendidikan masa kini atau PAK-21.

Published
2020-11-16
How to Cite
PADZIL, MOHD RIDZUAN. PAK 21: PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT). Jurnal Refleksi Kepemimpinan, [S.l.], n. JILID III, nov. 2020. ISSN 2636-9885. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9512>. Date accessed: 02 mar. 2021.