KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

  • SUGUNAH SUPERMANE Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Abstract

Inovasi pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam transformasi Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan guru di Malaysia. Inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di IPG kini adalah berdasarkan keupayaan pensyarah sendiri tanpa berpandukan piawaian dan panduan dari jabatan pendidikan. Kekurangan sumber dan ketidakselarasan dalam pengurusan sumber merupakan kekangan utama dalam menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan guru. Justeru, pengaruh kepemimpinan transformasi dalam menyelaraskan aktiviti pengurusan sumber dalam sistem pendidikan guru untuk menghasilkan pengetahuan baharu dan membangunkan inovasi dalam sistem pendidikan guru perlu dikaji. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi melihat bagaimana kepemimpinan transformasi dipraktikkan di IPG. Kajian ini menguna pakai pendekatan kualitatif dengan persampelan bertujuan.  Seramai lima orang pensyarah terlibat dalam sesi temu bual separa struktur bagi mengumpul data kualitatif.  Hasil kajian mendapati bahawa kepemimpinan transformasi dilaksanakan berdasarkan beberapa 13 yang terdiri daripada mengetahui keistimewaan pensyarah, mengadakan perbincangan dua hala, pakar rujuk, memberi perhatian, menyediakan ruang untuk perbincangan secara peribadi, bertimbang rasa, memberi semangat, meningkatkan potensi pensyarah, memberi kuasa untuk membuat keputusan, komited, bersikap positif, menjadi contoh yang baik dan tegas. Penemuan baharu iaitu ciri tegas dapat menyumbang kepada kepentingan unsur disiplin dalam mempraktikkan kepemimpinan transformasi di IPG, Malaysia.  Ketua jabatan yang bersikap tegas berupaya mewujudkan satu persekitaran kerja yang terkawal.  Persekitaran kerja ini mampu melahirkan pensyarah yang berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.  Justeru, pensyarah yang berdisiplin dapat membawa pembaharuan di dalam pendidikan guru Malaysia.

Published
2020-11-16
How to Cite
SUPERMANE, SUGUNAH. KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, [S.l.], n. JILID III, nov. 2020. ISSN 2636-9885. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9490>. Date accessed: 02 mar. 2021.