KEBERKESANAN PENGGUNAAN PROGRAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS LUKISAN KEJURUTERAAN DAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER RBT1014.

  • cho keng boon ipgk pendidikan teknik

Abstract

 


           Lukisan Kejuruteraan bermula pada akhir abad ke-19 apabila alat piawai seperti papan lukisan, sesiku T, sesiku set dan alat lukisan geometri yang lain serta kaedah mencetak lukisan yang lebih canggih mula digunakan.  Sejajar dengan perkembangan ICT, Lukisan Kejuruteraan telah mengalami perubahan yang amat besar.  Perisian komputer iaitu AutoCAD telah digunakan untuk membantu menghasilkan lukisan dengan lebih cepat dan bermutu. 


           Dalam penulisan ini, saya dapati, dengan menggunakan aplikasi perisian AutoCAD digabungkan dengan youtube, saya dapati ia menjadi alat pemudahcara yang boleh membantu saya  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik di dalam kelas atau luar kelas untuk tajuk dalam kursus Lukisan Kejuruteraan dan Lukisan Berbantu Komputer untuk kumpulan pelajar 1PPISMP, RBT ambilan Jun 2019.


Dengan penggunaan perisian AutoCAD dalam pengajaran dan pembelajaran juga, suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan menyeronokan. Minat pelajar terhadap aktiviti pembelajaran mereka bertambah. Pengajaran dan pembelajaran AutoCAD juga didapati lebih aktif dan berkesan berbanding pengajaran Lukisan Kejuruteraan yang menggunakan kaedah secara konvensional.


 


 

Published
2020-11-16
How to Cite
BOON, cho keng. KEBERKESANAN PENGGUNAAN PROGRAM LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS LUKISAN KEJURUTERAAN DAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER RBT1014.. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, [S.l.], n. JILID III, nov. 2020. ISSN 2636-9885. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9058>. Date accessed: 02 mar. 2021.