PENGINTEGRASIAN TEORI PERSEKITARAN ISLAM DAN BARAT DALAM MEMBENTUK IKLIM DINI

  • Raihan Mohd Arifin

Abstract

Pengintegrasian   teori   persekitaran   berperanan   penting   dalam pembentukan perkembangan tingkah laku seseorang individu. Proses


perkembangan seseorang    individu    juga    di    pengaruhi    oleh persekitarannya. Karakter seseorang individu akan dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling seperti keluarga, rakan, sekolah, guru, tempat kerja    dan    sebagainya.        Kertas    ini    akan    membincangkan pengintegrasian  teori  ekologi  persekitaran  dalam  aspek  pemikiran Islam  dan  barat  dalam  menghasilkan  kemenjadian  pelajar  secara


holistik. Teori ekologi persekitaran ini akan di kupaskan berdasarkan teori  ekologi  persekitaran  Bronfenbrenner  dan  juga  teori  ekologi


persekitaran Ibnu Khaldun. Penelitian terhadap tiga aspek iaitu aktiviti, teladan,  dan  juga  amalan  akan  diperincikan.  Metode  kajian  ini menggunakan analisis dokumen berdasarkan penelitian dalam kitab mukadimah    oleh    Ibnu    Khaldun    dan    juga    hasil    penulisan Bronfenbrenner dan juga soal selidik sebagai alat menjalankan kajian tinjauan.   Dapatan   kajian   ini   menunjukkan   tahap   strategi   dan kemenjadian pelajar adalah tinggi. Hasil daripada kajian ini, didapati tiga aspek ini mempunyai persamaan serta selari dengan keperluan


manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Oleh itu, kajian ini dilihat dapat memberi satu sumbangan konsep baharu serta dapat dijadikan


rujukan secara  konseptual  kepada  masyarakat.  Implikasi  kajian  ini dapat diaplikasikan teori persekitaran ini bukan hanya dalam bidang


pendidikan, malah dalam semua bidang.


 

Published
2020-11-16
How to Cite
MOHD ARIFIN, Raihan. PENGINTEGRASIAN TEORI PERSEKITARAN ISLAM DAN BARAT DALAM MEMBENTUK IKLIM DINI. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, [S.l.], n. JILID III, nov. 2020. ISSN 2636-9885. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/11240>. Date accessed: 02 mar. 2021.