AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR BERASASKAN ANALISIS KANDUNGAN AL-QURAN DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PENDIDIKAN ISLAM: APLIKASI FUZZY DELPHI METHOD

  • Wan Mariana Wan Mohamad, PhD
  • Kamarul Shukri Mat Teh, PhD

Abstract

Amalan kemahiran berfikir dalam Pembelajaran Abad ke-21(PAK21) merupakan salah satu kemahiran penting ke arah menjayakan pembelajaran murid melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) termasuk dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.  Berdasarkan dapatan kajian terdahulu menunjukkan masih wujud kekangan dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) untuk menerapkankan kemahiran berfikir ini kepada murid-murid, khususnya menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam.  Oleh itu, artikel ini akan membincangkan aspek kemahiran berfikir dalam proses mereka bentuk dan membangunkan Model Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) Pendidikan Islam berasaskan analisis kandungan al-Quran.  Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diberikan kepada 9 orang pakar dalam bidang Pendidikan Islam dan Tafsir al-Quran yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.  Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM).  Hasil dapatan kajian menunjukkan lapan item kemahiran berfikir yang terdiri daripada kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi telah mendapat kesepakatan pakar dengan menepati syarat nilai threshold (d) adalah kurang daripada 0.2, nilai defuzzification melebihi 0.5 dan peratus kesepakatan pakar adalah melebihi 75%. Hal ini menunjukkan bahawa semua item kemahiran berfikir yang terkandung di dalam model tersebut telah mendapat konsensus yang baik dari semua pakar terlibat.  Justeru, hasil dapatan kajian ini dijangkakan akan dapat memberi nilai tambah terhadap keberkesanan pembelajaran Pendidikan Islam murid di abad ke-21 ini.

Published
2020-11-16
How to Cite
WAN MOHAMAD, Wan Mariana; MAT TEH, Kamarul Shukri. AMALAN KEMAHIRAN BERFIKIR BERASASKAN ANALISIS KANDUNGAN AL-QURAN DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PENDIDIKAN ISLAM: APLIKASI FUZZY DELPHI METHOD. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, [S.l.], n. JILID III, nov. 2020. ISSN 2636-9885. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/11238>. Date accessed: 02 mar. 2021.