EFIKASI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNI

  • MOHD ZAILANI IBRAHIM
  • KHU EIAN CHUN
  • JAMILAH IDRIS
  • MOHD ASRI ABDUL AZIZ
  • ABD KADIR ABD RAHIM, PhD

Abstract

Efikasi merupakan faktor yang penting untuk seseorang itu dipercayai akan melakukan perkara yang difikirkan berupaya untuk dilaksanakannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan.  Responden kajian terdiri daripada 42 orang pelajar rekabentuk dan teknologi di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.  Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas.  Data dianalisis menggunakan SPSS.  Statistik yang digunakan ialah deskriptif dan inferensi.  Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi adalah pada tahap sederhana.Terdapat perbezaan yang signifikan antara efikasi keusahawanan antara pelajar lelaki dengan perempuan.  Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan efikasi keusahawan antara pelajar yang mempunyai pengalaman berniaga dengan yang tidak mempunyai pengalaman berniaga.  Kesimpulan kajian ialah pelajar perlu didedahkan kepada aktiviti keusahawanan untuk meningkatkan efikasi keusahawanan dan persepsi yang positif terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan. 

Published
2020-03-14
How to Cite
IBRAHIM, MOHD ZAILANI et al. EFIKASI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNI. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, [S.l.], n. JILID XXI, mar. 2020. ISSN 2637-1065. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jpt/article/view/8409>. Date accessed: 02 mar. 2021.