PENDEKATAN ANALISIS SmartPLS DALAM PEMBENTUKAN MODEL KEMAHIRAN HIJAU (Kh)
Abstract
Kemahiran Hijau (Kh) adalah kemahiran yang berlandaskan kepada kelestarian pembangunan yang mampan dari segi teknikal, pengetahuan nilai dan sikap yang diperlukan oleh tenaga kerja untuk membangunkan ekonomi dan alam sekitar yang mampan dalam perniagaan, industri dan masyarakat. Objektif kajian adalah untuk mengesahkan instrumen Kemahiran Hijau (Kh). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kajian tinjauan. Teknik persampelan rawak berkelompok dan rawak mudah telah digunakan untuk memilih seramai 446 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di seluruh Semenanjung Malaysia. Analisis SmartPLS 3.2.7 digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dalam model pengukuran (measurement model). Dapatan kajian mendapati terdapat sepuluh elemen Kh yang perlu ada dalam diri pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa Model Kh boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menerapkan Kh dalam proses pembelajaran. Model Kh ini dijangkakan akan dapat memupuk keseimbangan alam sekitar dari segi sikap, pengetahuan dan nilai yang perlu ada di dalam diri seorang pelajar. Model Kh ini juga boleh dijadikan asas dalam pengubalan kurikulum sebagai nilai tambah dalam reka bentuk latihan