INOVATIF PELAKSANAAN KURIKULUM: SATU TINJAUAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAWASAN LEMBAH KLANG

  • LO YOON MEE

Abstract

Kajian ini untuk meninjau kewujudan persekitaran pembelajaran secara konsttruktivisme dalam kalangan guru sains dan teknologi sekolah menengah kebangsaan kawasan Lembah Klang. Faktor yang menggalakkan dan faktor yang menghalang dikenal pasti melalui temu bual dan analisis komen bertulis soal selidik. Dalam proses penyelidikan ini, penyelidik telah berpandukan tiga instrumen, di mana instrumen Constructivist Learning Environment Survey (CLES) persepsi guru digunakan untuk menentukan kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme. Technology Acceptance Model (TAM) dan Ely’s Eight Conditions (EEC) sebagai faktor peramal kewujudan persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme dalam kalangan guru sains dan teknologi. Tiga tema yang utama telah dikenal pasti dalam temu bual, iaitu faktor masa, faktor kepimpinan dan faktor murid. Dapatan kajian ini dapat mengisi kelompangan dan juga meninjau faktor yang meramal kepada keberkesanan sesuatu implementasi inovasi pendidikan, iaitu pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, komen bertulis yang bebas diluahkan oleh 376 orang responden telah meneroka faktor lain yang menghalang dan menggalakkan dalam proses pelaksanaan inovasi pendidikan ini. 

Published
2020-03-14
How to Cite
YOON MEE, LO. INOVATIF PELAKSANAAN KURIKULUM: SATU TINJAUAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAWASAN LEMBAH KLANG. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, [S.l.], n. JILID XXI, mar. 2020. ISSN 2637-1065. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jpt/article/view/8405>. Date accessed: 02 mar. 2021.