MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP TOPIK TABURAN KEBARANGKALIAN MENGGUNAKAN ‘VIDEO PROJECT BASED LEARNING’
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik Taburan Kebarangkalian. Kumpulan sasaran adalah semua pelajar matrikulasi dan fokus kajian adalah khusus kepada pelajar Kolej Matrikulasi Johor. Kajian ini melibatkan 38 pelajar aliran akaun. Tinjauan awal mendapati pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan berkaitan Taburan Kebarangkalian. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam menyelesaikan soalan berbentuk masalah dalam subtopik Taburan Kebarangkalian menggunakan video project based learning. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah penghasilan projek video dan pelajar memuatnaik di aplikasi Whatsapp dan Youtube bagi tujuan perkongsian. Seterusnya, pembelajaran berasaskan video dilaksanakan. Analisis min skor dan Ujian-t digunakan untuk membandingkan pencapaian ujian pra dan pos. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan positif prestasi pelajar. Purata peningkatan markah pelajar adalah sebanyak 53%. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar berasa seronok dan perkongsian hasil video tersebut antara pelajar menjadikan mereka lebih teruja dan mahukan aktiviti ini diteruskan di masa akan datang