PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM AMALAN PEDAGOGI MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Abstract
Kajian bertujuan meninjau tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam amalan pedagogi Matematik dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG). Responden kajian adalah seramai 123 orang guru pelatih dari 7 buah IPG yang menawarkan kursus Matematik dan telah menjalani latihan mengajar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik Skala Likert empat mata yang berfokus kepada 3 aspek, iaitu pengetahuan, kekerapan penggunaan dan keberkesanan penggunaan. Kajian mendapati bahawa tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK guru pelatih secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara guru pelatih lelaki dan perempuan dalam penggunaan peta pemikiran i-THINK. Hasil kajian ini adalah sebagai langkah awal bagi memperbaiki tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK sebagai amalan pedagogi Matematik dalam kalangan guru pelatih IPG. Beberapa implikasi dan cadangan juga dikemukakan bagi memantapkan lagi kualiti guru pelatih IPG bertepatan dengan Anjakan ke-4 PPPM 2013-2025.