TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK (IPGKPT) TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
Abstract
Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0. Kemunculan gelombang teknologi baharu menyebabkan perkembangan semasa teknologi akan berubah dan tidak terkecuali juga dalam sektor pendidikan turut mengalami perubahan. Satu kajian telah dijalankan telah dijalankan terhadap 75 orang guru pelatih semester enam dalam bidang Rekabentuk dan Teknologi, Matematik, Sains dan TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Rekabentuk kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik melalui pendekatan kuantitatif. Dapatan Kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru guru pelatih semester 6 masih berada pada tahap sederhana bagi menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0. Penyelidik mencadangkan agar diadakan satu seminar serta aktiviti berkaitan Revolusi Industri 4.0. bagi menggalakkan guru pelatih meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam teknologi maklumat seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Hasil kajian juga mencadangakan agar semua guru pelatih semester enam menghasilkan projek akhir mereka menjurus ke arah Revolusi Industri 4.0.