PENDEKATAN PROJEK DAN INTEGRASI KURIKULUM MENERUSI KACA MATA OECIL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

  • NOOR ASHIKIN BINTI MOHD YUSOP, PhD
  • HALIZA BINTI HAMZAH
  • ROSMAWATI BINTI MAMAT

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Kaca Mata OECIL (Open Ended Child Initiated Learning) yang dipraktikkan oleh pendidik dalam mengintegrasikan enam tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian pelbagai kes (multiple-case design) melibatkan dua kes utama iaitu Kes Baja Kompos dan Bandar Solar. Kedua-dua kes ini diterokai bagi tujuan menghubungkan data empirikal kepada persoalan kajian dan kesimpulan. Seramai 18 orang kanak-kanak berusia 5+ tahun dari sebuah tadika di negeri Perak serta seorang pendidik terlibat dalam kajian ini. Sumber data diperoleh daripada temu bual, pemerhatian dan dokumen. Data dianalisis secara analisis kandungan dan naratif. Dapatan menunjukkan bahawa menerusi penggunaan Kaca Mata OECIL, pendidik tidak terikat dengan standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam KSPK. Ini kerana proses pembelajaran adalah berdasarkan persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak dan penyelesaiannya dilakukan oleh mereka sendiri menerusi penyiasatan. Dapatan turut memperlihatkan, integrasi kurikulum yang diperoleh adalah melangkaui standard yang ditetapkan oleh KSPK dan mencakupi semua tunjang yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Malah, penggunaan Kaca Mata OECIL turut membantu pendidik dalam menyediakan pembelajaran yang melibatkan persekitaran semula jadi kanak-kanak dan penggunaan bahan maujud sebagai sumber interaksi di sepanjang proses penyiasatan. Kajian turut mendapati bahawa pendidik bertindak sebagai responsif dalam memastikan kanak-kanak bertindak sebagai penyiasat muda yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta melahirkan generasi inovator.

Published
2020-03-13
How to Cite
MOHD YUSOP, NOOR ASHIKIN BINTI; HAMZAH, HALIZA BINTI; MAMAT, ROSMAWATI BINTI. PENDEKATAN PROJEK DAN INTEGRASI KURIKULUM MENERUSI KACA MATA OECIL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, [S.l.], n. JILID XXI, mar. 2020. ISSN 2637-1065. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jpt/article/view/8399>. Date accessed: 02 mar. 2021.