PERKEMBANGAN IDENTITI PROFESIONAL GURU PELATIH: MENEROKA KEBERKESANAN LATIHAN PRAKTIKUM

  • Mahaya Salleh, Ph.D
  • Nordin Abd Razak, Ph.D

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan latihan praktikum dan pengaruh Konteks Pengajaran terhadap perkembangan Identiti Profesional Guru Pelatih (IPGP) di Institut Pendidikan Guru Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif untuk mengukur Identiti Profesional Guru Pelatih yang dilaksanakan pada dua siri masa iaitu sebelum guru pelatih menjalani latihan praktikum dan selepas tamat sesi latihan praktikum di sekolah. Pengukuran Identiti Profesional Guru Pelatih sebelum dan selepas latihan praktikum dilaksanakan dengan mentadbir soal selidik Siri 1 dan Siri 2. Kajian ini melibatkan 384 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2012 yang dipilih secara rawak daripada tiga buah Institut pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang terletak di Zon Utara, Semenanjung Malaysia.  Data dianalisis menggunakan teknik analisis Model Linear Berhierarki Dua Aras (HLM2) bersesuaian dengan data yang berbentuk hierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan perkembangan IPGP secara keseluruhan berdasarkan jumlah varians keseluruhan yang diterangkan oleh model HLM2 Praktikum ini iaitu sebanyak 38 peratus. Dapatan menunjukkan bahawa perkembangan Identiti Profesional Guru Pelatih secara empirikal dipengaruhi oleh variabel Konteks Pengajaran yang terdiri daripada Guru Pembimbing, Pensyarah Pembimbing dan Persekitaran Sekolah. Analisis bagi model Praktikum Dua Aras mendapati lima variabel menunjukkan kesan secara langsung dan signifikan dengan IPGP iaitu Guru Pembimbing, Pensyarah Pembimbing dan Persekitaran Sekolah serta subdimensinya iaitu Tekanan dan subdimensi variabel Pensyarah Pembimbing iaitu Pakar Rujuk.  Terdapat tiga variabel menunjukkan kesan interaksi merentas aras (slope MASA) atau kesan tidak langsung yang signifikan iaitu Guru Pembimbing, Persekitaran Sekolah dan subdimensi Persekitaran Sekolah iaitu Kesepakatan Misi.   Ketiga-tiga variabel Konteks Pengajaran memainkan peranan penting sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perkembangan Identiti Profesional Guru Pelatih. Perkembangan positif Identiti Profesional Guru Pelatih secara tidak langsung menunjukkan keberkesanan latihan praktikum. Implikasinya, pemegang dasar (stakeholder) seperti Kementerian Pendidikan Malaysia amnya, Institut Pendidikan Guru dan pihak sekolah khususnya perlu memastikan pemantapan pengetahuan dan kemahiran guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping menambah baik sokongan persekitaran sekolah semasa guru pelatih menjalani latihan praktikum. Hal ini penting memandangkan tempoh latihan praktikum merupakan waktu kritikal dan platform terbaik untuk guru pelatih membentuk identiti profesional sebagai guru.


 


Kata kunci:  Identiti Profesional Guru Pelatih, latihan praktikum, Konteks Pengajaran, Model Linear Berhierarki Dua Aras

Author Biographies

Mahaya Salleh, Ph.D

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Nordin Abd Razak, Ph.D

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Published
2020-03-07
How to Cite
SALLEH, PH.D, Mahaya; ABD RAZAK, PH.D, Nordin. PERKEMBANGAN IDENTITI PROFESIONAL GURU PELATIH: MENEROKA KEBERKESANAN LATIHAN PRAKTIKUM. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 212 - 229, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8324>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles