MAHSURI DAN PUTERI LINDUNGAN BULAN, LAGENDA KEDAH DAN MOTIF DARAH PUTIH

  • Asniza Zakaria

Abstract

Kertas kerja ini akan memulakan perbincangan dengan menjelaskan secara ringkas tentang definisi, pengertian, fungsi dan ciri-ciri lagenda dan warna putih yang dikemukakan oleh beberapa tokoh. Perbincangan diteruskan lagi dengan menyingkap sejarah Mahsuri dan Puteri Lindungan Bulan, susur galur keturunan lagenda tersebut serta kisahnya secara ringkas.  Bahagian kedua pula berkaitan pengaplikasian definisi, ciri-ciri dan fungsi ke atas kedua-dua lagenda tersebut, sama ada bertepatan ataupun sebaliknya. Pada bahagian ini dikaitkan juga makna putih, berdarah putih dengan sifat serta perwatakan kedua-dua lagenda ini dalam menyantuni mereka. Pada bahagian kedua ini juga, akan turut membincangkan tentang motif darah putih serta menghubungkannya dengan kejadian yang menimpa Mahsuri dan Puteri Lindungan Bulan. Bahagian ketiga pula berkisar tentang cadangan memperkenal dan memastikan kelangsungan nostalgia kepada generasi sekarang dan akan datang bahawa negeri Kedah kaya dengan khazanah cerita-cerita rakyat dan kedua-dua lagenda ini adalah sebahagian daripadanya. Kajian kualitatif  melalui tinjauan dokumen berjaya membuktikan bahawa kedua-dua lagenda ini menepati pengertian, fungsi dan ciri-ciri lagenda serta pengertian motif warna putih.


 


Kata kunci: Lagenda, Puteri Lindungan Bulan,Mahsuri, berdarah putih

Author Biography

Asniza Zakaria

Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-03-07
How to Cite
ZAKARIA, Asniza. MAHSURI DAN PUTERI LINDUNGAN BULAN, LAGENDA KEDAH DAN MOTIF DARAH PUTIH. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 203 - 211, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8319>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles