TAHAP BAHASA ANTARA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

  • Noor Zila Md. Yusuf, Ph.D
  • Amir Juhari, Ph.D

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap Bahasa Antara (BA) dalam pembelajaran bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua (B2) dalam kalangan pelajar Iban di Sarawak. Pengkaji menggunakan teori BA yang diperkenalkan oleh Selinker (1972) sebagai landasan dalam menganalisis tahap BA dalam kalangan subjek kajian. Terdapat tiga tahap BA mengikut Selinker iaitu akrolek, mesolek dan basilek. Sebanyak  28 orang pelajar Iban tahun empat di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Meradong, Sarawak dijadikan subjek  kajian melalui satu ujian karangan yang dikendalikan oleh pengkaji. Mereka terdiri daripada pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2 dan bahasa pertama (B1) mereka ialah bahasa Iban. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dan penghuraian data ialah secara kualitatif. Peratusan dan angka hanya digunakan untuk menyatakan jumlah markah ujian karangan dan jumlah subjek kajian mengikut tahap BA.  Tahap BA subjek kajian dapat ditentukan oleh pengkaji berdasarkan kesilapan dan markah ujian karangan yang diberikan hasil semakan oleh pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan subjek kajian berada pada tahap mesolek iaitu sebanyak 18 orang. Manakala 3 orang berada pada tahap akrolek dan selebihnya berada pada tahap basilek. Pengkaji merumuskan bahawa perlunya usaha yang lebih keras dalam kalangan semua pihak untuk memastikan pelajar B2 menguasai BM dengan baik sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Perkembangan Kurikulum, guru-guru sekolah dan ibu bapa dalam melihat kepentingan mengetahui tahap BA pelajar terhadap kecenderungan mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik.


 


Kata kunci: Bahasa Antara, Pembelajaran Bahasa Kedua, Akrolek, Mesolek, Basilek


 

Author Biographies

Noor Zila Md. Yusuf, Ph.D

Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Amir Juhari, Ph.D

Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-03-03
How to Cite
MD. YUSUF, PH.D, Noor Zila; JUHARI, PH.D, Amir. TAHAP BAHASA ANTARA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 187-202, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8236>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles