PENGARUH KECERDASAN EMOSI TERHADAP STAIL DISIPLIN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH
Abstract
Guru perlu mematuhi prosedur tindakan disiplin yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru menggunakan pelbgai stail disiplin semasa mengendalikan disiplin pelajar. Justeru, objektif kajian ini adalah mengkaji pengaruh kecerdasan emosi, terhadap stail disiplin guru sekolah rendah di daerah Kubang Pasu, Kedah. Stail disiplin yang sesuai ditentukan melalui kadar kecerdasan emosi yang paling tinggi. Kajian tinjauan menggunakan reka bentuk keratan rentas telah dijalankan terhadap 118 guru sekolah rendah. Instrumen kajian ialah Emotional Competency Inventory Version 2 (ECI -V2) dan The Teacher Discipline Five-Style Inventory. Penganalisisan data deskriptif menggunakan SPSS versi 19. Statistik inferensi menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM 3). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi memberi pengaruh yang besar kepada stail disiplin Perundingan. Namun, kecerdasan emosi tidak mempunyai pengaruh terhadap stail disiplin Penguatkuasaan. Dapatan kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai panduan pemilihan guru disiplin di sekolah serta mengenalpasti guru yang mengamalkan stail disiplin yang mempunyai pengaruh kecerdasan emosi yang rendah untuk dilakukan tindakan pencegahan.
Kata kunci: Kecerdasan Emosi, Stail Disiplin Guru, Guru Disiplin, Sekolah Kebangsaan, Masalah Disiplin