TAHAP KOMPOSISI AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI): SATU TINJAUAN AWAL

  • Shamsul Rizal Khalil
  • Abdul Rahim Razalli, Ph.D
  • Mohd Zailani Ismail, Ph.D

Abstract

Dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), pelbagai tranformasi telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti. Guru pendidikan khas merupakan ejen utama dalam merealisasikan matlamat keberhasilan murid berkeperluan khas. Namun begitu, guru pendidikan khas juga berhadapan dengan pelbagai cabaran pada abad ke-21 ini seperti komitmen, tahap kompetensi yang belum mencapai standard dan keterasingan program pendidikan khas dalam sistem pendidikan kini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti komposisi amalan pengajaran guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini dijalankan terhadap  guru pendidikan khas yang mengajar sepenuh masa di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 195 guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang menggunakan skala likert empat mata untuk tujuan mengenal pasti amalan pengajaran guru pendidikan khas. Data yang diperoleh dan dianalisis menggunakan perisian SPSS version 21. Secara keseluruhannya penemuan menunjukkan bahawa semua komposisi yang dicadangkan seperti kualiti pengajaran guru, kesesuaian mengajar, insentif, masa dan penyediaan pengajaran berada pada tahap yang tinggi dengan purata min terendah adalah 3.47 dan tertinggi adalah 3.64. Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang tertentu khususnya berkaitan bidang pendidikan khas.


 


Kata kunci: Amalan Pengajaran, Pengajaran dan Pembelajaran, Kualiti Guru, Program Pendidikan Khas Integrasi

Author Biographies

Shamsul Rizal Khalil

Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Darulaman, Kedah

Abdul Rahim Razalli, Ph.D

Fakulti Pendidikan dan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Mohd Zailani Ismail, Ph.D

Jabatan Bahasa Arab, IPG Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-03-03
How to Cite
KHALIL, Shamsul Rizal; RAZALLI, PH.D, Abdul Rahim; ISMAIL, PH.D, Mohd Zailani. TAHAP KOMPOSISI AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI): SATU TINJAUAN AWAL. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 161-173, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8232>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles