PEMBANGUNAN MODEL KANDUNGAN EKOLOGI SPIRITUAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM : SATU ANALISA KEPERLUAN

  • Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman
  • Asri Md Saman @ Osman

Abstract

Kajian awal ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dilaksanakan oleh pengkaji untuk membangunkan satu Model Kandungan Ekologi Spiritual dalam Pendidikan Islam. Objektif pembangunan model ialah untuk meningkatkan nilai spiritual (kerohanian) pelajar  melalui penghayatan dalil-dalil al-Quran berhubung elemen ekologi.  Data pada fasa 1 kajian, diperolehi melalui kaedah temubual 4 orang pakar dalam bidang Pendidikan Islam.  Untuk itu, satu set soalan terbuka (open-ended) telah diagihkan kepada empat orang pakar.  Soalan tersebut adalah berdasarkan tiga sub tema utama iaitu pandangan pakar terhadap tahap kefahaman murid mengenai konsep Ekologi Spiritual, pandangan pakar terhadap kepentingan kefahaman murid berhubung konsep Ekologi Spiritual dan pandangan pakar terhadap keperluan kepada pembangunan model Ekologi Spiritual berasaskan al-Quran.   Dapatan kajian berdasarkan analisis pandangan pakar menunjukkan kesepakatan yang tinggi dengan kesemua pakar memberi respon dan persetujuan bahawa pembangunan model kandungan Ekologi Spiritual dalam Pendidikan Islam adalah perlu dan signifikan. Kajian ini memberi impak yang penting di dalam membangunkan domain spiritual murid.  Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru dan pihak Kementerian Pendidikan di dalam merancang pembelajaran murid berasaskan al-Quran dan ilmu ekologi.


 


Kata kunci :  Model, Ekologi Spiritual, ekologi 

Author Biographies

Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Asri Md Saman @ Osman

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Published
2020-03-02
How to Cite
WAN AB RAHMAN, Wan Nornajmiwati; MD SAMAN @ OSMAN, Asri. PEMBANGUNAN MODEL KANDUNGAN EKOLOGI SPIRITUAL DALAM PENDIDIKAN ISLAM : SATU ANALISA KEPERLUAN. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 152-160, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8213>. Date accessed: 02 mar. 2021.
Section
Articles