PENGARUH PENGUPAYAAN TERHADAP AUTONOMI GURU DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) ABAD KE-21

  • Isrihan Mohamad
  • Abdul Jalil Ali, Ph.D
  • Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ph.D

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang Pengaruh Pengupayaan Terhadap Autonomi Guru Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui hubungan pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc. Kajian ini merupakan penelitian secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik School Participant Empowerment Scale (SPES) dan Teacher Autonomy Scale (TAS). Populasi dalam kajian ini adalah seramai 1029 orang guru dari sebuah daerah di negeri Utara Semenanjung Malaysia. Data bagi kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang melibatkan sampel seramai 278 orang guru dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengujian hipotesis dilakukan dengan prosedur regresi linear. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa pandangan guru mengenai pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc adalah pada tahap sederhana. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengupayaan dan autonomi guru dalam PdPc. Diharapkan lebih banyak pengupayaan diberikan kepada guru supaya guru menikmati autonomi serta dapat merancang program bagi meningkatkan tahap autonomi guru dalam PdPc yang seterusnya mampu membawa peningkatan dalam pencapaian sekolah.


 


Keywords: empowerment, teacher autonomy, teaching and learning, pembelajaran dan pemudahcaraan

Author Biographies

Isrihan Mohamad

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abdul Jalil Ali, Ph.D

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ph.D

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Published
2020-03-02
How to Cite
MOHAMAD, Isrihan; ALI, PH.D, Abdul Jalil; ABDULLAH, PH.D, Abdul Ghani Kanesan. PENGARUH PENGUPAYAAN TERHADAP AUTONOMI GURU DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) ABAD KE-21. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 137-151, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8212>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles