PENGARUH PERSEKITARAN SEKOLAH TERHADAP PEMBENTUKAN DAYA TAHAN GURU PELATIH SEMASA PRAKTIKUM

  • Azizah Sarkowi, Ph.D

Abstract

Daya ketahanan guru adalah elemen penting bagi memastikan guru berupaya berdepan dengan pelbagai cabaran di sekolah. Bagi melahirkan guru yang mempunyai daya tahan, program praktikum dilaksanakan di Insitut Pendidikan Guru untuk memberi pendedahan kepada tentang cabaran di persekitaran sekolah sebenar. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh persekitaran sekolah terhadap pembentukan daya tahan pelajar semasa menjalani program praktikum. Kajian secara keratan rentas menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 437 pelajar PISMP yang dipilih secara rawak. Borang soal selidik mengandungi empat bahagian.  Bahagian A pula mengandungi konstruk persekitaran sekolah yang diadaptasi dari School-Level Enviroment Questionnaire (SLEQ). Skala ini merangkumi lapan dimensi iaitu sokongan pelajar, penggabungan guru, minat profesional, kesepakatan misi, pemberian kuasa, sokongan inovasi, kecukupan sumber, dan tekanan kerja. Bahagian B mengandungi konstruk daya tahan yang diadaptasi Resilience Scale (RS-14). Bahagian C mengandungi soalan berkaitan latar belakang diri pelajar dan sekolah praktikum. Analisis regresi berbilang digunakan bagi menguji model kajian berbantukan perisian SPSS 25.0. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran sekolah memberi pengaruh sebanyak 24.8 peratus terhadap perubahan daya tahan. Dimensi tekanan kerja dalam persekitaran sekolah memberi pengaruh signifikan yang paling dominan terhadap daya tahan pelajar. Dimensi-dimensi lain persekitaran sekolah yang turut menjadi peramal yang signifikan kepada daya tahan ialah gabungan rakan sekerja, keselarian minat professional, kesepakatan misi pendidikan dan kecukupan sumber. Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pemantapan program praktikum bagi membentuk guru yang mempunyai daya tahan.


 


Kata Kunci: Daya tahan, persekitaran sekolah, praktikum, pendidikan guru


 

Author Biography

Azizah Sarkowi, Ph.D

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-03-02
How to Cite
SARKOWI, PH.D, Azizah. PENGARUH PERSEKITARAN SEKOLAH TERHADAP PEMBENTUKAN DAYA TAHAN GURU PELATIH SEMASA PRAKTIKUM. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 123-136, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8211>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles