RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL NEGERI KEDAH

  • Kumaran Gengatharan
  • Azali Rahmat, Ph.D

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti risiko penyakit Kardiovaskular di kalangan murid tahun enam sekolah-sekolah Tamil di negeri Kedah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah ex-post facto yang dipelapori oleh Cohen, Manion dan Morrison (2018). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti risiko penyakit Kardiovaskular dengan membuat penilaian dan perbandingan terhadap index jisim badan (BMI), bacaan tekanan darah (BP) dan nisbah pinggang dan ketinggian (WHtR), murid tahun enam. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah BMI, BP dan WHtR. Data yang diperolehi dari ujian-ujian tersebut dianalisis secara korelasi untuk mengetahui  risiko penyakit Kardiovaskular terhadap murid tahun enam. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan ‘SPSS’ Versi 22. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan (p =.0001) antara BMI, BP dan WHtR. Hasil dapatan menunjukkan bacaan tekanan darah sistolik (SBP) dan tekanan darah diastolik (DBP) menunjukkan hubungkait terus (positif) kuat (r =1.00) manakala BMI dan WHtR murid adalah hubungkait terus positif sederhana kuat (r =.748). Dapatan kajian ini dapat menyimpulkan dan menjelaskan, jika murid tidak menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat kemungkinan besar mereka boleh terjurus ke obesiti dan terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular.


 


Kata Kunci: penyakit kardiovaskular, murid tahun enam, Sekolah Tamil, gaya hidup sihat dan Ex-post facto

Author Biographies

Kumaran Gengatharan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Azali Rahmat, Ph.D

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Published
2020-03-02
How to Cite
GENGATHARAN, Kumaran; RAHMAT, PH.D, Azali. RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL NEGERI KEDAH. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 113-122, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8210>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles