PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA PENDIDIK

  • Hariyanti Abd Hamid
  • Maheran Baharum, Ph.D
  • Azizah Sarkowi, Ph.D

Abstract

Pembentukan guru berkualiti bermula sejak bakal guru berada dalam program pendidikan guru. Efikasi bakal guru dan motivasi adalah elemen yang dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan motivasi pelajar Program Ijazah Saarja Muda Perguruan (PISMP) . Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti perbezaan efikasi kendiri dan motivasi mengikut jantina, serta pengaruh efikasi terhadap motivasi.  Kajian ini dijalankan secara keratan rentas dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 145 orang pelajar semester pertama PISMP di sebuah Institut Pendidikan Guru telah dipilih secara rawak. Instrumen Generalized Self efficacy Scale  digunakan bagi mengukur efikasi kendiri pelajar, manakala instrumen motivasi yang telah diadaptasi daripada kajian terdahulu digunakan bagi mengukur motivasi pelajar. Pencapaian akademik pula diukur berdasarkan jumlah markah peperiksaan dan kerja kursus. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian-t, korelasi dan regresi dengan berbantukan perisian SPSS 19.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi dan motivasi pelajar dalah tinggi, Dapatan turut  menunjukkan terdapast perbezaan yang signifikan dalam efikasi kendiri antara pelajar lelaki dan perempuan. Edikasi kendiri juga memberi pengaruh yang signifikan terhadap motivasi pelajar. Dapatan kajian ini dapat memberi input kepada perancangan program bagi meningkatkan meningkatkan efikasi kendiri dan motivasi pelajar.


 


Kata kunci: efikasi kendiri, siswa pendidik, motivasi, pencapaian akademik.

Author Biographies

Hariyanti Abd Hamid

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Maheran Baharum, Ph.D

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Azizah Sarkowi, Ph.D

Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-03-02
How to Cite
ABD HAMID, Hariyanti; BAHARUM, PH.D, Maheran; SARKOWI, PH.D, Azizah. PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP MOTIVASI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA PENDIDIK. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 104-112, mar. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8209>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles