TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL KE ARAH PEMBELAJARAN BERMAKNA
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual dalam kalangan guru sekolah. Secara tidak langsung melihat instruksional guru dalam PdP Pendidikan Seni Visual sama ada mempraktiskan TMK sebagai amalan terbaik dalam proses pembelajaran. Penyelidikan ini berasaskan paradigma kualitatif kajian kes. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan dokumentasi. Dapatan penyelidikan menunjukkan majoriti guru bersikap positif terhadap kepentingan penggunaan TMK sebagai alat atau BBM dalam PdP. Guru berusaha untuk menggunakan media TMK sebagai BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Implikasi kajian ini menunjukkan TMK sangat penting dalam sistem pendidikan masa kini dan meningkat kecekapan serta kemahiran seperti menggalakkan potensi imaginatif, kreatif serta pemikiran logik dan kritikal dalam kalangan pengguna TMK dalam PdP. Kesimpulannya di sini adalah bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran supaya dapat meningkatkan amalan terbaik menggunakan TMK sebagai BBM dalam PdP supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna ke arah Pendidikan Abad 21. Penyelidikan ini juga menggunakan konsep-konsep pedagogi dan teori konstruktivisme.
Kata kunci: TMK, Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, Pembelajaran Bermakna