TEKNIK ANALISIS SWOT DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM

  • Che Mas Saud
  • Zainal Abidin Saad

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti empat kuadran iaitu strength (S) /kekuatan (K), weakness (W)/ kelemahan (L), opportunity (O)/ peluang (P) dan threat (T)/ ancaman (A) yang dihadapi dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah berdasarkan teknik analisis SWOT. Pemilihan item untuk teknik SWOT ini disuaikan berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015, Albert Humprey (1960) dan Wright, P., Pringle, C. D. & Kroll, M. J.(1992). Kajian ini dilaksanakan di 15 buah sekolah di negeri Kedah dan Perlis terhadap guru-guru telah mengikuti kursus analisa SWOT. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Bentuk kajian dilaksana secara kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis secara deskriptif dan temu bual separa bersturktur. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik analisis ini memberi implikasi positif terhadap fokus kajian iaitu pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah. Keberkesanan pengurusan kewangan dalam kuadran kekuatan (S), yang mempunyai peratus tertinggi ialah peruntukan kewangan dan diikuti guru berpengalaman manakala kekuatan dalam pengurusan aktiviti ialah adanya unsur kewangan dan mengguna kemudahan sedia ada di sekolah. Dapatan untuk kuadran kelemahan (W) dalam pengurusan kewangan, peratus tertinggi ialah faktor sumber kewangan terhad sementara kelemahan dalam pengurusan aktiviti yang mempunyai peratus tertinggi ialah kehadiran pelajar yang sedikit. Dalam kuadran peluang (O) peratus tertinggi dalam pengurusan kewangan ialah sumbangan kewangan derma dari PIBG dan menjana menjana kewangan sendiri manakala sokongan pihak sekolah menjadi peluang tertinggi dalam pengurusan aktiviti. Hasil analisis untuk kuadran Ancaman (T) bagi pengurusan kewangan ialah ibubapa tidak mampu membayar yuran yang tinggi, sumbangan bantuan terhad dan gangguan cuaca. Dapatan bagi item ancaman dalam pengurusan aktiviti ialah komitmen pengurusan sekolah ikut keperluan, kesesuaian tempat beraktiviti dan jadual kelas padat untuk beraktiviti. Dapatan temu bual separa berstruktur terhadap 5 orang guru tentang penggunaan analisis SWOT, majoriti guru berpendapat analisis ini memberi kesan untuk pihak pelaksana bertindak dengan cepat dan lebih jelas tentang masalah sebenar dan cara penyelesaian dapat dilakukan dengan efisyen. Implikasi kajian ini  dapat memberi panduan kepada pihak sekolah dalam pemilihan aktiviti yang berkesan untuk pelajar dalam perancangan tahunan sekolah. Teknik ini juga memberi keyakinan diri yang tinggi dan melancarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Majoriti sekolah dapat mencapai objektif aktiviti melebihi 80 peratus setelah menggunakan analisis ini. Oleh itu, guru-guru berpendapat mereka perlu melatih pelajar menggunakan analisis SWOT dalam proses pengurusan kewangan dan pengurusan sebarang aktiviti dalam persatuan.

Author Biographies

Che Mas Saud

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Zainal Abidin Saad

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Published
2020-02-25
How to Cite
SAUD, Che Mas; SAAD, Zainal Abidin. TEKNIK ANALISIS SWOT DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM. Jurnal IPDA, [S.l.], v. 26, n. 1, p. 36-47, feb. 2020. ISSN 1394-6218. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8028>. Date accessed: 03 mar. 2021.
Section
Articles