RETROPSPEKSI GURU PELATIH PISMP MATEMATIK TERHADAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN KEPUASAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Abstract
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik (PISMP) merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian lampau menunjukkan guru Matematik menghadapi masalah pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi Matematik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan menilai perbezaan pengetahuan, kemahiran dan kepuasan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru mengikut jantina dan institut pendidikan guru kampus. Sampel kajian seramai 187 orang guru pelatih PISMP Institut Pendidikan Guru Zon Utara. Soalan soal selidik diedarkan kepada guru pelatih bagi mengutip data. Kajian ini ialah kajian kuantitatif, data dianalisa menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian t dan Ujian Manova. Dapatan kajian mendapati Ujian-t terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepuasan guru pelatih tidak signifikan, ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jantina terhadap pengetahuan, kemahiran dan kepuasan. Manakala bagi Ujian Manova menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan dan kepuasan di Institut Pendidikan Guru Kampus. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaaan pengetahuan antara IPG, IPG yang paling tinggi pengetahuan ialah IPGK 2, diikuti dengan IPGK 4, IPGK 1, IPGK 3 dan IPGK 5. Manakala dapatan perbezaan bagi kepuasan antara IPGK pula ialah IPGK 2 paling tinggi, diikuti dengan IPGK 1, IPGK 4, IPGK 5 dan IPGK 3. Implikasi kajian menunjukkan walaupun IPGK ditadbir secara berpusat dan mengguna kurikulum yang sama tetapi masih terdapat perbezaan dalam pengetahuan dan kepuasan dalam kalangan guru pelatih.