Peranan Baitulmal Dalam Pendidikan Asnaf

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

  • Azman Ab Rahman Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Education is an important element in human capital development and individual economic survival. One of the poverty factor in which people are failing to get proper education. As an institution that manages funds for charity, Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seeks to ensure that development can be achieved so that recipients are able to remove themselves from proverty. Questioned arise about the role played by Baitulmal MAIWP in an effort to improve the living standards of recipients through education and schemes are offered to the recipients in order to achieve those objectives. Therefore, this study was undertaken to identify the schemes prepared by the Baitulmal MAIWP within the framework of the development of education in the Federal Territory as well as view and evaluate such schemes have either been fulfilled or complete all the elements required by recipients to ensure the success and development of their education at the same time propose a new scheme that may be considered. Research methodology in this study is a qualitative study, which is documented using deductive and inductive  refered to manuals and zakat’s report. The study found that Baitulmal MAIWP has implemented various initiatives in offering assistance to recipients through schemes such as educational aid for institutions of higher education phase, general scholarships for outstanding students of special incentives and others. However, the study found that there is an area for improvements and propose a new form of distribution to the recipients to set up an educational institution that is fully funded through zakat funds to prevent dropout of education among the recipients. It is expected that this study can give the impression of a new form of zakat management. Follow-up studies should be conducted primarily to identify the constraints or problems that may be encountered in the success of the establishment of the recipients of this education institution.


Keyword(s): Scheme, Zakat, Asnaf, Education, Baitulmal


ABSTRAK


Pendidikan merupakan sebuah elemen penting dalam pembangunan modal insan dan kemandirian ekonomi seseorang individu. Salah satu faktor kemiskinan yang melanda masyarakat adalah kerana gagal mendapatkan pendidikan yang sempurna. Sebagai sebuah institusi yang menguruskan dana zakat, Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berusaha untuk memastikan pembangunan asnaf dapat dicapai sehingga mampu mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal MAIWP dalam usaha mempertingkat taraf hidup asnaf melalui aspek pendidikan dan skim-skim yang ditawarkan kepada asnaf bagi mencapai tujuan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk skim-skim agihan yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP dalam rangka pembangunan pendidikan di Wilayah Persekutuan di samping melihat dan menilai skim-skim tersebut sama ada telah menepati atau melengkapi kesemua elemen yang diperlukan oleh asnaf bagi menjamin keberhasilan dan perkembangan pendidikan mereka sekali gus mencadangkan sebuah skim baharu yang boleh dipertimbangkan. Metodologi penyelidikan dalam kajian ini adalah secara kualitatif yang merupakan kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual dan laporan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa Baitulmal MAIWP telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada asnaf melalui skim-skim bantuan seperti bantuan am pelajaran IPT, bantuan am biasiswa insentif khas pelajar cemerlang, bantuan am persekolahan dan lain-lain. Namun, kajian mendapati terdapat ruang penambahbaikan dan mencadangkan sebuah bentuk agihan yang baharu dengan menubuhkan sebuah institusi pendidikan asnaf yang dibiayai sepenuhnya melalui dana zakat bagi mengelakkan berlakunya keciciran pendidikan di kalangan asnaf. Diharapkan kajian ini mampu memberikan gambaran terhadap bentuk pengurusan zakat yang baharu. Kajian susulan perlu dijalankan terutamanya untuk mengenal pasti kekangan atau masalah yang mungkin dihadapi dalam menjayakan penubuhan institusi pendidikan asnaf ini.


Kata Kunci :  Skim, Zakat, Asnaf, Pendidikan, Baitulmal

Published
2018-01-24
How to Cite
AB RAHMAN, Azman. Peranan Baitulmal Dalam Pendidikan Asnaf. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 11, n. 1, p. 46-58, jan. 2018. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3157>. Date accessed: 19 sep. 2018.