Kesan Penerimaan Aplikasi Istihalah Terhadap Hukum Produk Yang Mengandungi Derivatif Muharramat

  • Mohd Hapiz Mahaiyadin Pensyarah Kanan
  • Muhammad Rahimi Osman Professor dan Dekan

Abstract

This article attempts to examine the views of jurists on istihalah as an instrument of purification of the prohibited source that changed to a new object with all form, nature and characteristics were different from the original forms. Acceptance or rejection of this instrument gives a legal effect of using products that contain various muḥarramat derivatives such as gelatin, blood plasma, alcohol etc. were contained in many food products, pharmaceuticals and cosmetics. This is a qualitative study that will analyze the fuqaha views on istihalah that has affected several legal decisions by several authoritative Islamic organizations such as Islamic Fiqh Council (IFC) under the Muslim World League, al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-Ilmiyyah al-wa al-Ifta, Saudi Arabia and local institutions such as the Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MJFMK) Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia and Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri on the status of its use. This article also found that MJFMK looks very strict stance against foreign Islamic institutions which demonstrate a moderate stance to solve the problem of Muslim consumerism on a broader level. In addition, some conclusions were proposed to be considered in resolving the above issue.


ABSTRAK


Kajian ini ingin meneliti pandangan fuqaha mengenai istihalah sebagai suatu instrumen purifikasi suatu benda haram yang berubah kepada suatu benda baharu dengan semua rupa, sifat dan ciri yang berbeza daripada keadaan asal. Penerimaan atau penolakan terhadap instrumen ini memberikan kesan terhadap hukum penggunaan produk yang mengandungi pelbagai derivatif muharramat seperti gelatin, plasma darah dan alkohol yang terkandung dalam kebanyakan produk makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Kajian ini bersifat kualitatif yang akan menganalisis pelbagai pandangan fuqaha mengenai istihalah yang telah mempengaruhi beberapa keputusan fatwa oleh Islamic Fiqh Council (IFC) di bawah The Muslim World League, The Islamic Organization for Medical Sciences (IOMS) dan al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta’ kerajaan Arab Saudi ataupun di peringkat tempatan seperti Majlis Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MJFMK) Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri mengenai hukum penggunaannya. Kajian ini mendapati pendirian MJFMK kelihatan amat ketat berbanding institusi Islam luar yang menunjukkan amalan yang agak terbuka bagi menyelesaikan kemelut kepenggunaan di peringkat global. Justeru, akan dikemukakan beberapa rumusan yang perlu diberikan perhatian dalam menangani isu kepenggunaan masa kini.


Katakunci  : Istihalah, muharramat, derivatif, produk dan kepenggunaan

Author Biographies

Mohd Hapiz Mahaiyadin, Pensyarah Kanan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Pulau Pinang

Muhammad Rahimi Osman, Professor dan Dekan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam

Published
2017-12-18
How to Cite
MAHAIYADIN, Mohd Hapiz; OSMAN, Muhammad Rahimi. Kesan Penerimaan Aplikasi Istihalah Terhadap Hukum Produk Yang Mengandungi Derivatif Muharramat. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 10, p. 101-119, dec. 2017. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3068>. Date accessed: 17 july 2018.