Penerimaan Media Atas Talian Sebagai Medium Penyampaian Fatwa dalam Kalangan Masyarakat Muslim Selangor: Satu Tinjauan Awal

  • Siti Nurunnajwa Shamsudin Pelajar Sarjana Syariah
  • Irwan Mohd Subri  Prof. Madya
  • Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali Pengarah

Abstract

 


ABSTRAK


Artikel ini bertujuan mengukur tahap penerimaan media atas talian sebagai medium penyampaian fatwa dalam kalangan masyarakat Muslim di Selangor. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui pilot study (tinjauan awal) dengan menjalankan soal selidik kepada 30 orang responden yang beragama Islam di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya masyarakat menerima media atas talian sebagai medium penyampaian fatwa negeri Selangor dan lebih cenderung memilih laman web sebagai media atas talian yang paling berkesan dan memberi manfaat bagi mendapatkan maklumat mengenai fatwa Selangor.


Kata kunci: Fatwa, Selangor, media atas talian, penerimaan, muslim

Author Biographies

Siti Nurunnajwa Shamsudin, Pelajar Sarjana Syariah

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Irwan Mohd Subri,  Prof. Madya

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Pengarah, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia.

Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Pengarah

Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam & Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Published
2017-12-18
How to Cite
SHAMSUDIN, Siti Nurunnajwa; MOHD SUBRI, Irwan; MOHD DALI, Nuradli Ridzwan Shah. Penerimaan Media Atas Talian Sebagai Medium Penyampaian Fatwa dalam Kalangan Masyarakat Muslim Selangor: Satu Tinjauan Awal. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 10, p. 73-88, dec. 2017. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3065>. Date accessed: 19 oct. 2018.