Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan

  • Muhammad Rizal Jalil Pelajar sarjana ekonomi Islam
  • Hairunnizam Wahid Pensyarah kanan
  • Sanep Ahmad Profesor Madya

Abstract

The issue of decentralization and localization of zakat administration is essential in improving the efficiency of the distribution of zakat in Malaysia. This study was motivated by the hypothesis that the implementation of the localization of zakat administration is expected to provide a significant and positive impact as a 'One Stop Center' to asnaf students poor (fakir) and needy (miskin). This study attempts to solve the problem and identify the needs of students in line with the principles outlined zakat distribution of isti’ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah and fauran.The question is whether this concept is well received by the recipient charity services which are the students who are classified as recipients, especially in terms of education and development of human capital is an important element in the category of asnaf fisabilillah. Hence this study aims to propose a model of the distribution of zakat administration in institutions of higher learning (IPT) which is based on the localization concept and the concept of decentralization of power in terms of collection and distribution of zakat. This study used a stratified random sampling technique involves students who receive educational assistance under the category of poor (fakir) and needy (miskin) recipients of zakat in Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. The study found that the majority of respondents agree and accept this concept implemented in educational institutions. Some policy implications and recommendations are discussed in this study.


Keywords : Zakat Localization, Zakat Distribution for Education, Poor and Needy Students


ABSTRAK


Isu desentralisasi kuasa serta lokalisasi pentadbiran zakat adalah penting dalam meningkatkan keefisienan pengagihan zakat di Malaysia. Kajian ini didorong oleh satu hipotesis dimana perlaksanaan lokalisasi pentadbiran agihan zakat dijangkakan mampu memberikan impak yang signifikan dan positif sebagai ‘One Stop Center’ kepada pelajar asnaf fakir miskin. Kajian ini berupaya menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan pelajar selari dengan prinsip agihan zakat yang telah digariskan iaitu isti’ab, ikhtisas, hak, muraqabah, al-kifayah dan fauran. Persoalannya adakah konsep ini diterima dengan baik oleh penerima perkhidmatan zakat iaitu para pelajar yang digolongkan sebagai asnaf terutamanya dalam aspek pendidikan dan pembangunan modal insan yang merupakan elemen penting dalam kategori asnaf fisabilillah. Justeru kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pentadbiran pengagihan zakat di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan konsep lokalisasi serta konsep disentralisasi kuasa dalam aspek kutipan dan agihan zakat. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berstrata melibatkan responden para pelajar yang menerima bantuan pendidikan di bawah kategori asnaf fakir dan miskin zakat di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dan menerima konsep ini dilaksanakan di institusi pendidikan. Beberapa implikasi dasar serta cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini.


Kata kunci : Lokalisasi Zakat, Agihan Pendidikan, Pelajar Miskin

Author Biographies

Muhammad Rizal Jalil, Pelajar sarjana ekonomi Islam

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

Hairunnizam Wahid, Pensyarah kanan

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

Sanep Ahmad, Profesor Madya

Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM

Published
2017-12-18
How to Cite
JALIL, Muhammad Rizal; WAHID, Hairunnizam; AHMAD, Sanep. Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 10, p. 51-72, dec. 2017. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3063>. Date accessed: 25 apr. 2018.