Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor

  • Najihah Ismail
  • Sanep Ahmad Prof. Madya
  • Hairunizam Wahid

Abstract

Dewasa ini hampir setiap daerah mempunyai kaunter dan pusat zakat yang dibuka oleh pusat pengurusan zakat, namun adakah pelaksanaan ini dapat menyelesaikan masalah asnaf apabila timbul persoalan mengenai keberkesanan aktiviti pengurusan zakat. Justeru, artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan pusat zakat di Bandar Baru Bangi dan adakah alternatif masjid sebagai lokalisasi kepada kaunter zakat diterima masyarakat. Fokus kajian adalah mengenai penempatan atau melokalisasikan pusat pengurusan zakat di masjid. Untuk itu, kajian dilakukan dengan menggunakan metod kuantitatif untuk mengetahui hubungan lokalisasi pusat zakat dan masjid sebagai tempat utama perlokalisasian pusat zakat. Hasil menunjukkan, masyarakat setempat berpandangan lokalisasi pusat zakat di masjid adalah baik dilakukan dan dua faktor utamanya adalah masjid adalah tempat mudah akses dan tempat aktiviti umat islam. Hasil kajian dapat mengukuhkan lagi cadangan Lembaga Zakat Selangor untuk menjadikan masjid utama di Bandar Baru Bangi sebagai pusat zakat.



Kata kunci : Lokalisasi pusat zakat, Institusi Masjid, Lembaga Zakat Selangor

Author Biographies

Najihah Ismail

Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sanep Ahmad, Prof. Madya

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Hairunizam Wahid

Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Published
2017-12-18
How to Cite
ISMAIL, Najihah; AHMAD, Sanep; WAHID, Hairunizam. Lokalisasi Tadbir Urus Zakat di Masjid: Kajian di Bandar Baru Bangi Selangor. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 10, p. 37-50, dec. 2017. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3062>. Date accessed: 17 july 2018.