Polisi Zakat Untuk Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian ke Arah Pembentukan Model Institusi Pendidikan

  • Azman A Ab Rahman Prof. Madya
  • Mohd Faez Abu Bakar Pembantu Penyelidik

Abstract

Education is a basic need for every human being and to meet these requirements it needs a continues financial resources or funds. The aim of this study was to identify the education policy in Malaysia. In addition, the study was to determine the collection statistical and distribution of zakat for education in several states in Malaysia and associations concerned with the establishment proposed of education model agency that operates entirely using zakat funds. The results showed that the proposal to establish an educational institution that operates solely using zakat funds is not impossible to implement because of the collection statistic of zakat institutions is growing every year. It is hoped that this study will provide a clear picture to all parties about the education policy in Malaysia and to take into consideration  the proposals to establish an educational institution solely using zakat funds that can provide continuing education to the asnaf and overcome the problem of dropouts in education among them.


Keywords: Policy, zakat, education, Malaysia


ABSTRAK


Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap insan dan untuk memenuhi keperluan ini ia memerlukan sumber kewangan atau dana yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia. Disamping itu, kajian dijalankan adalah untuk melihat statistik kutipan dan agihan zakat pendidikan di beberapa buah negeri di Malaysia dan hubungkait statistik berkenaan dengan cadangan pembentukan model institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat. Hasil kajian ini mendapati bahawa cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan dana zakat adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana mengikut statistik kutipan zakat bagi institusi zakat saban tahun adalah semakin meningkat. Diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua pihak terhadap polisi zakat untuk pendidikan di Malaysia dan cadangan untuk merealisasikan penubuhan sebuah institusi pendidikan yang menggunakan dana zakat sepenuhnya dapat memberikan pendidikan yang berterusan kepada golongan asnaf zakat dan mengatasi masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan asnaf zakat.


Kata kunci : Polisi, zakat, pendidikan, Malaysia


 

Author Biographies

Azman A Ab Rahman, Prof. Madya

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Mohd Faez Abu Bakar, Pembantu Penyelidik

Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Published
2017-12-13
How to Cite
AB RAHMAN, Azman A; ABU BAKAR, Mohd Faez. Polisi Zakat Untuk Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian ke Arah Pembentukan Model Institusi Pendidikan. Journal of Fatwa Management and Research, [S.l.], v. 10, p. 1-15, dec. 2017. ISSN 0127-8886. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/infad/article/view/3045>. Date accessed: 17 july 2018.