Pematuhan Format Penulisan Laporan Akhir Projek Pelajar Dalam Kalangan Pelajar JTMK, PSMZA

  • Nor zilaila Jaafar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Aida Azmila Azmi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Nor Azlina Ibrahim Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak


Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah ketidakpatuhan format penulisan laporan akhir projek pelajar dalam kalangan pelajar JTMK, PSMZA. Responden yang terlibat adalah 18 orang pelajar semester lima Program Diploma Pengaturcaraan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Multimedia, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar tentang format penulisan laporan akhir, pemahaman pelajar tentang format penulisan laporan akhir dan penggunaan senarai pematuhan penulisan laporan akhir. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif. Hasil pelaksanaan kajian ini mendapati 83% responden tiada pengetahuan tentang penulisan laporan akhir dan 95% responden tidak memahami format penulisan laporan akhir.100% responden bersedia untuk menggunakan senarai pematuhan format penulisan laporan akhir. Perancangan tindakan yang dijalankan adalah dengan menunjukkan contoh laporan yang bermutu kepada pelajar dengan menggunakan Sistem Inventori Laporan Akhir Projek Pelajar Versi 2.0 untuk dijadikan rujukan pelajar, memberikan senarai pematuhan format laporan akhir kepada pelajar sebagai panduan dalam menyediakan laporan akhir dan membuat semakan secara berkala laporan akhir untuk memastikan tiada kesilapan dalam penulisan laporan akhir pelajar. Hasilnya didapati terdapat 28% peningkatan peratusan pelajar mendapat pencapaian cemerlang.


Kata kunci: Laporan akhir; projek pelajar; pematuhan

Published
2018-04-22
How to Cite
JAAFAR, Nor zilaila; AZMI, Aida Azmila; IBRAHIM, Nor Azlina. Pematuhan Format Penulisan Laporan Akhir Projek Pelajar Dalam Kalangan Pelajar JTMK, PSMZA. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, [S.l.], p. 1-13, apr. 2018. ISSN 0128-2875. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PMJSSH/article/view/3436>. Date accessed: 17 aug. 2019.