Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka

  • Suriyana Sulaji Warganegara
  • Suhaila Hassan
  • Wan Fadhilah Wan Hitam

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan  kursus pendek yang dikelolakan oleh Unit Pendidikan Berterusan, Kolej Komuniti Selandar pada tahun 2016.  Tumpuan kajian ini adalah kepada peserta kursus pendek yang telah mengikuti kursus pendek sepanjang tahun 2016. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta dari aspek penyampaian oleh pengajar dan kandungan kursus yang teratur.  Kajian ini juga dilakukan untuk melihat hubungan antara tahap kepuasan dengan peningkatan pengetahuan peserta. Borang Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk menilai semua aspek tersebut. Kajian secara kuantitatif ini   menganalisa data 357 orang responden terdiri daripada peserta kursus pendek yang dipilih secara rawak. Hasil analisa borang soal selidik menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi dari aspek penyampaian dan   kandungan kursus pendek iaitu seramai 326 orang menyatakan tahap kepuasan tinggi bagi penyampaian kursus dan seramai 333 orang menyatakan kepuasan tinggi terhadap kandungan kursus pendek yang dilaksanakan. Latihan berterusan perlu diberikan kepada para pengajar selari dengan kepelbagaian permintaan kursus dari komuniti bagi menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dan berkebolehan tinggi. Selain kualiti penyampaian  dan  kandungan  kursus,    skop  kajian  boleh  diperluaskan  lagi  bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti Selandar.

Published
2017-11-18
How to Cite
SULAJI, Suriyana; HASSAN, Suhaila; WAN HITAM, Wan Fadhilah. Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Pelaksanaan Kursus Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 132-142, nov. 2017. ISSN 2600-7738. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/2953>. Date accessed: 17 nov. 2018.