Pengaruh PSH Dalam Kebolehpasaran Lulusan Sijil Pemasangan Elektrik Kolej Komuniti

  • Ahmad Rosli Mohd Nor Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Mohd Ridhuwan Muhamad Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
  • Muhammad Fazli Jasli Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti

Abstract

Kebolehpasaran lulusan sesuatu institusi dalam pemilihan kerjaya yang selari dengan bidang pengajian sangat penting untuk menunjukkan keberkesanan sesuatu program pengajian yang telah ditawarkan. Ini menunjukkan pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan oleh sesuatu institusi itu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan lulusannya berdaya saing dalam pasaran pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kebolehpasaran lulusan kolej komuniti dalam pasaran pekerjaan bagi bidang Sijil Pemasangan Elektrik selepas dua tahun mereka bergraduan. Kajian secara kuantitatif ini akan dijalankan terhadap 69 orang sampel daripada 75 orang lulusan kolej komuniti yang telah dua tahun bergraduan. Populasi terdiri daripada lulusan Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Chenderoh dan Kolej Komuniti Segamat 2. Manakala pendekatan kualitatif secara temubual separa struktur digunakan bagi menguatkan hasil dapatan dan dianalis menggunakan analisis bertema. Hasilnya 3 isu utama telah dikenalpasti yang berpengaruh dalam kenolehpasaran pekerjaan lulusan kolej komuniti iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat, Nilai Tambah Sijil dan Keupayaan Memasarkan Diri. Elemen-elemen ini didapati sangat penting untuk dikuasai oleh lulusan kolej komuniti bagi membantu kebolepasaran pekerjaan mereka.


 


Kata kunci: kebolehpasaran; pembelajaran sepanjang hayat; kolej komuniti

Published
2017-11-18
How to Cite
MOHD NOR, Ahmad Rosli; MUHAMAD, Mohd Ridhuwan; JASLI, Muhammad Fazli. Pengaruh PSH Dalam Kebolehpasaran Lulusan Sijil Pemasangan Elektrik Kolej Komuniti. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 31-41, nov. 2017. ISSN 2600-7738. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/2446>. Date accessed: 22 june 2018.