Mengenalpasti Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Teknikal Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang

  • Mohd Juwahir Pa'iman SITI MARHAINI BINTI MD RESADI

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana kemahiran aras tinggi dapat diaplikasikan dalam pembelajaran teknikal oleh pelajar di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Elemen yang diukur adalah kemahiran berfikir kritikal, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran belajar dan kemahiran membuat keputusan. Seramai 56 orang responden telah digunakan sebagai sampel di dalam kajian ini.  Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 37 item berdasarkan kepada skop kajian.  Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A, melibatkan latar belakang responden dan Bahagian B melibatkan respon responden terhadap aspek yang dikaji.  Perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) versi 21.0 digunakan untuk memproses data. Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi jawapan yang positif terhadap keempat-empat elemen yang dikaji dengan jumlah keseluruhan min persoalan kajian menunjukkan nilai yang memuaskan.  Elemen tertinggi ialah kemahiran belajar. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi yang lain iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir kritikal dan kemahiran membuat keputusan kurang diaplikasikan dan berada ditahap memuaskan sahaja. Implikasi kajian ini ialah kemahiran berfikir aras tinggi juga perlu diterapkan kepada pelajar teknikal terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah.

Published
2017-11-18
How to Cite
PA'IMAN, Mohd Juwahir. Mengenalpasti Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Teknikal Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 113-131, nov. 2017. ISSN 2600-7738. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/2414>. Date accessed: 17 nov. 2018.