Laporan Kajian: Persepsi Warga Kolej Komuniti Terhadap Peranan dan Fungsi Kolej Komuniti

  • Razzian Mat Razali JPKK

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi warga kolej komuniti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terhadap peranan kolej komuniti. Tujuan kajian adalah untuk melihat peranan kolej komuniti dalam aspek (i)  kolaborasi dan rakan industri, (ii) pencapaian/ kejayaan pelajar dan pensyarah, (iii) keusahawanan, (iv) kumpulan sasar dan komuniti setempat, (v) kecemerlangan kapasiti bakat, dan (vi) penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji dan diedarkan secara atas talian melalui aplikasi google forms. Penglibatan responden terhadap soal selidik ini adalah secara rawak iaitu 1192 orang daripada 93 buah kolej komuniti di seluruh Malaysia. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 16.0 secara  deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis dapatan mendapati bahawa peranan kolej komuniti berada pada tahap yang tinggi berdasarkan persepsi oleh warga kerja kolej komuniti di mana peranan paling menonjol ialah berdasarkan skor min bagi setiap aspek berikut : (i) kumpulan sasar dan komuniti setempat 4.12 (tinggi), (ii) pencapaian pelajar dan pensyarah 4.12 (tinggi), (iii) kolaborasi dan rakan industri 3.97 (tinggi), (iv) keusahawanan 3.96 (tinggi), (v) penyampaian pengajaran dan pembelajaran 3.91 (tinggi) dan (vi) kecemerlangan kapasiti bakat 3.90 (tinggi). Ini memberikan gambaran bahawa kolej komuniti masih kekal relevan melaksanakan fungsinya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti untuk memperkasakan peranan kolej komuniti sedia ada. Kolej komuniti berupaya mempertingkatkan impak agar menyerlah sebagai salah satu penyedia TVET utama yang disegani demi menyumbang ke arah pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020.


 


Kata kunci : kolej komuniti, persepsi, peranan, warga kolej komuniti

Published
2017-11-18
How to Cite
RAZALI, Razzian Mat. Laporan Kajian: Persepsi Warga Kolej Komuniti Terhadap Peranan dan Fungsi Kolej Komuniti. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 85-100, nov. 2017. ISSN 2600-7738. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/2401>. Date accessed: 25 apr. 2018.