Faedah Penyertaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kepada Golongan OKU: Kajian Terhadap Guru dan Peserta Pendidikan Khas Integrasi Di Kolej Komuniti Hulu Langat

  • Salmiah Mohd Salleh Kolej Komuniti Hulu Langat, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
  • Wan Noor Elyana Wan Mohamed Kolej Komuniti Hulu Langat, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
  • Yuzilawati Mohd Yunus Kolej Komuniti Hulu Langat, Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor

Abstract

Di Malaysia, institusi pendidikan tinggi banyak menawarkan program PSH bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio-ekonomi masyarakat. Perlaksanaan program PSH ini sememangnya amat bermanfaat kepada setiap golongan masyarakat. Di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), program PSH telah mendapat sambutan dari pelbagai golongan termasuk dari kalangan orang kelainan upaya (OKU). Antara golongan OKU yang terlibat ialah pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran dari sekolah menengah harian sekitar Hulu Langat. Namun, tidak semua golongan ini memperolehi manfaat kerana tidak terlibat dengan program PSH. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk berkongsi maklumat mengenai perlaksanaan program PSH bersama peserta pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran dari sekolah menengah harian. Selain itu, kajian ini juga mengkaji faedah penyertaan program PSH kepada pelajar pendidikan khas melalui soal selidik secara terbuka kepada guru-guru pendidikan khas yang terlibat dengan program ini.  Kajian ini diharap dapat menjadi batu loncatan bagi membantu meningkatkan peratus penglibatan program PSH dari kalangan golongan OKU pelajar bermasalah pembelajaran pada masa akan datang. Data latar belakang peserta dan kecenderungan pilihan program yang dipilih diperolehi daripada keseluruhan 693 peserta yang telah menyertai program PSH di Kolej Komuniti Hulu Langat sepanjang tahun 2015 dan 2016. Pengkaji juga menggunakan soalan terbuka kepada guru pendidikan khas yang terlibat dengan perlaksanaan program PSH ini bagi mendapatkan data objektif kajian yang ke tiga iaitu mengenai faedah penyertaan program PSH di KKHL daripada 8 orang responden. Dalam soalan terbuka ini, responden bebas untuk menentukan jawapan dalam ruangan yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan sekolah cenderung memilih program PSH dalam bidang masakan di KKHL untuk pelajar pendidikan khas. Manakala, terdapat 5 faedah penyertaan program PSH di KKHL kepada pelajar pendidikan khas. Antara faedah penyertaan yang dikenalpasti adalah dari segi pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian kursus, kemahiran guru dan peluang pekerjaan.  


 

Published
2017-11-18
How to Cite
MOHD SALLEH, Salmiah; WAN MOHAMED, Wan Noor Elyana; MOHD YUNUS, Yuzilawati. Faedah Penyertaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kepada Golongan OKU: Kajian Terhadap Guru dan Peserta Pendidikan Khas Integrasi Di Kolej Komuniti Hulu Langat. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, [S.l.], v. 1, n. 1, p. 60-71, nov. 2017. ISSN 2600-7738. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/2367>. Date accessed: 25 apr. 2018.