Tabii Tanda Bahasa dari Kaca Mata Syeikh Ahmad al-Fathani: Suatu Gagasan Pemikiran

(Nature of Linguistic Sign Syeikh Ahmad al-Fathani)

  • Mohd Tarmizi Hasrah Universiti Utara Malaysia

Abstract

Abstrak
Artikel ini membincangkan falsafah bahasa seorang ilmuwan besar alam Melayu, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani tentang persoalan tabii tanda bahasa. Menerusi pendekatan historiografi linguistik dan pemeribumian ilmu, artikel cuba membuktikan Syeikh Ahmad mempunyai falsafah dan pemikiran tentang persoalan tabii tanda bahasa yang bitara dan canggih, serta sesuai dengan semangat zamannya. Antara gagasan pemikiran beliau termasuklah yang berkait dengan persoalan sifat tanda bahasa yang arbitrari dan bahasa sebagai ijmak penutur yang setara dengan idea bapa linguistik moden, iaitu Ferdinand de Saussure. Hasil kajian mendapati Syeikh Ahmad wajar digolongkan sebagai bahasawan yang berpegang pada gagasan “tanda bahasa bersifat arbitrari” yang tidak menerima adanya hubungan alamiah antara tanda dengan petanda atau makna, yang sealiran dengan fahaman Basra dalam tradisi keilmuan Islam. Penemuan ini membuktikan bahawa hal tanda dan makna juga tidak asing di alam Melayu.
Kata kunci: Syeikh Ahmad al-Fathani, Ferdinand de Saussure, historiografi linguistik, historiografi linguistik Melayu, falsafah bahasa


Abstract
This paper discusses the linguistic philosophy of one of the great scholars in the Malay world, namely Syeikh Ahmad al-Fathani. The discussions in this paper lay out the question pertinent to the nature of linguistic sign, and have found that Syeikh Ahmad had a sophisticated idea about it. The idea can be related to the same notion proposed by the father of modern linguistics, namely Ferdinand de Saussure. Therefore, this paper suggests that Syeikh Ahmad should be classified as a linguist who holds the idea of arbitrariness in linguistic sign, an ideology which does not accept the idea of naturalism in linguistic sign. This means that Syeikh Ahmad’s position was parallel with the Basra School, if the relation is seen through the Islamic scholarship tradition. The idea of the nature of linguistic sign as understood by Syeikh Ahmad, whose life was almost a contemporary with Saussure, proves that the debate, or at least the awareness, of the nature of linguistic sign was also established in Malayonesia.
Keywords: Syeikh Ahmad al-Fathani, Ferdinand de Saussure, linguistic historiography, Malay linguistic historiography, philosophy of language

Author Biography

Mohd Tarmizi Hasrah, Universiti Utara Malaysia

Jabatan Bahasa Melayu kontemporari

Lecturer

Published
2019-01-11
How to Cite
HASRAH, Mohd Tarmizi. Tabii Tanda Bahasa dari Kaca Mata Syeikh Ahmad al-Fathani: Suatu Gagasan Pemikiran. Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, [S.l.], v. 12, n. 1, p. 60-77, jan. 2019. ISSN 1675-6460. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/Melayu/article/view/3031>. Date accessed: 17 feb. 2019.