Undangan menulis artikel untuk Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

2018-11-14

Undangan menulis artikel untuk Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

Melayu Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut secara umumnya seperti aspek:

  • Tamadun
  • Budaya
  • Pemikiran
  • Kesenian
  • Kearifan
  • Teknologi
  • Sejarah
  • Ekonomi

Manuskrip jurnal perlu dihantar secara dalam talian melalui http://myjms.mohe.gov.my/index.php/Melayu/about/submissions

Manuskrip jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara double blind review, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status manuskrip melalui e-mel. Penulis perlu memastikan,

  1. Artikelnya baharu, asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.
  2. Tidak ada unsur plagiat dalam artikel yang dihantar.
  3. Semua petikan dan rujukan (menggunakan format APA) dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.
  4. Sekiranya mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.
  5. Mematuhi format yang ditetapkan oleh penerbit. Format tersebut boleh didapati melalui http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/?page_id=11

Untuk maklumat lanjut sila layari http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/

Tarikh tutup penghantaran pada 15 Februari 2019 bagi keluaran Julai 2019 dan 15 Ogos 2019 untuk keluaran Januari 2020. Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk penerbitan seterusnya.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami menerusi e-mel: zaiton6@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.