Ekspresi Emosi Dalam Puisi Moden

  • NURUL AFIFAH ADILA MOHD SALLEH JABATAN BAHASA MELAYU, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstract

Ekspresi emosi seseorang boleh digambarkan menerusi beberapa cara iaitu melalui lisan dan bukan lisan. Pada awalnya, emosi dapat digambarkan melalui reaksi fizikal seseorang kemudian berlaku perkembangan kognitif dan dilambangkan melalui bentuk linguistik iaitu bahasa. Kajian ini memberi fokus terhadap ekspresi emosi dalam puisi moden. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis emosi dan menghuraikan kesan emosi dan pengaruhnya dalam puisi moden. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks, dimana lima buah teks puisi moden yang terpilih dijadikan bahan untuk mendapatkan data. Kerangka pemikiran Mohd Azhar Abd Hamid (2004) yang berkisar tentang ekspresi emosi akan dijadikan prinsip dalam menganalisis dan membincangkn kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa, lima buah puisi moden tersebut menggunakan bahasa yang menggambarkan emosi sama ada emosi negatif atau positif. Kajian ini memberi kepentingan kepada penulis puisi dan pemuisi, agar apa yang disampaikan difahami dan dihayati oleh pendengar atau pembaca puisi tersebut. 

Published
2016-12-01
How to Cite
MOHD SALLEH, NURUL AFIFAH ADILA. Ekspresi Emosi Dalam Puisi Moden. Malay Literature, [S.l.], v. 29, n. 2, dec. 2016. ISSN 0128-1186. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/MalayLiterature/article/view/846>. Date accessed: 23 jan. 2018.
Section
Articles