CONTEXTUAL UNDERSTANDING OF HADITH QAWLI IN SAHIH-BUKHARI ON WORD SAMI'A IN IBADAH (ACT OF WORSHIP) PERSPECTIVE

  • Juliyana Junaidi Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Hadith merujuk kepada ucapan, perbuatan, pengakuan (taqriri), sifat
jasmani dan akhlak Rasulullah SAW. Ia mengandungi pelbagai aspek
dalam Islam dan kehidupan seperti aqidah, ibadah dan akhlak. Ibadah
memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana
ia menggambarkan simbolik pengabdian terhadap Allah. Perkataan
Sami'a yang memberi maksud ‘mendengar’ sudah maklum diketahui
dalam bidang Hadith kerana ‘mendengar’ merupakan salah satu kaedah
periwayatan hadith. Di samping itu, perkataan sami'a juga telah
disebutkan beberapa kali dalam matan Hadith. Walau bagaimanapun,
kajian lepas berkenaan pengekstrakan perkataan sami'a dalam matan
adalah terhad. Selain itu, terdapat juga limitasi terhadap hubungkait
perkataan sami'a dengan konteks perbahasan ibadah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisa perkataan sami'a, sinonim beserta
morfologinya berdasarkan aspek ibadah daripada Hadith Qawli
dalam Sahih al-Bukhari. Sebagai tambahan, konteks hadith tersebut
telah diekstrak dan diterangkan untuk mengembangkan pemahaman
setiap hadith. Beberapa fasa yang melibatkan proses pengumpulan
dan analisis data telah dikenalpasti bertujuan untuk mencapai objektif
kajian ini. Fasa pertama merupakan proses pengenalpastian perkataan
sami'a, sinonim dan morfologi daripada kamus Bahasa Arab dan
juga dengan merujuk kepada Kitab al-Takhrij. Seterusnya, Hadith
Qawli yang mengandungi perkataan Sami'a akan diekstrak sebelum
fasa data analisis dijalankan. Di dalam fasa analisis hadith, hadith
Qawli yang berkaitan dengan Ibadah akan dipilih dan dirujuk kepada
beberapa Kitab Sharah hadith. Dan akhir sekali, penerangan hadith
daripada aspek ibadah akan diberikan mengikut konteks perbahasan
tertentu. Hasil daripada kajian ini menunjukkan terdapat beberapa
hadith yang mengandungi perkataan sami'a dalam aspek ibadah.
Konklusinya, aspek pendengaran mempunyai fungsinya tersendiri
dan ia juga memainkan permainan penting dalam perspektif ibadah.

Published
2018-01-11
How to Cite
JUNAIDI, Juliyana. CONTEXTUAL UNDERSTANDING OF HADITH QAWLI IN SAHIH-BUKHARI ON WORD SAMI'A IN IBADAH (ACT OF WORSHIP) PERSPECTIVE. JOURNAL OF MA'ALIM AL-QURAN WA AL-SUNNAH (مجلة معالم القرآن والسنة), [S.l.], v. 12, n. 13, p. 132-152, jan. 2018. ISSN 1823-4356. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/MAALIM/article/view/3187>. Date accessed: 22 jan. 2018.
Section
Articles