PERIBADI MUAWIYAH IBN ABI SUFYAN RA DALAM KARYA MELAYU: KAJIAN KRITIS TERHADAP TULISAN AL-IDRUS

  • Muhammad Zaid Bakar Redin Faculty of Quranic and Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Peribadi Saidina Muawiyah ibn Abi Sufyan RA antara peribadi
Sahabat Nabi SAW yang sering dilanda kontroversi. Hal ini disebabkan
beberapa tindakan beliau selepas kewafatan Baginda Nabi SAW yang
dipandang salah oleh sebahagian umat Islam. Di antara tindakan
beliau itu ialah, perselisihan beliau dengan Amirul Mukminin Ali ibn
Abi Talib RA yang menyebabkan tercetusnya peperangan saudara di
antara umat Islam, pertukaran sistem khalifah kepada sistem beraja
serta penentangan Bani Umayyah terhadap Ahl Bayt. Tindakan-tindakan
tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap
dirinya. Kisah-kisah negatif yang sesetengahnya tidak berasas telah
dimuatkan dalam banyak buku, terutamanya buku berkaitan sejarah
Islam. Perkara ini juga diulangi oleh kebanyakan para penulis bukan
Arab ketika menulis sejarah Islam di dalam bahasa ibunda masing-masing. Antara karya penulisan tersebut, buku ‘Muawiyah ibn Abi
Sufyan’ karangan Abdullah bin Hamid al-Idrus. Buku ini di antara
karya terawal dalam Bahasa Melayu yang membicarakan secara
khusus peribadi Saidina Muawiyah RA. Al-Idrus. Namun buku ini
tidak hanya mendatangkan riwayat-riwayat mengenai personaliti
Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, bahkan turut mendatangkan beberapa
kisah negatif serta hikayat yang mengaibkan mengenai diri beliau.
Artikel ini bertujuan untuk meneliti fakta-fakta yang dikemukan buku
ini terhadap Saidina Muawiyah RA dengan menggunakan metodologi
analisa dan metodologi kritis, terutamanya dalam mengkritik fakta
yang tidak tepat dalam mengaitkan diri beliau dalam sesuatu peristiwa.
Dapatan kajian mendapati maklumat yang dikemukakan dalam
buku ini mengundang syak wasangka serta persepsi buruk terhadap
Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, selain al-Idrus tidak mengaplikasikan
methodologi yang betul dalam menukilkan riwayat-riwayat sejarah.
Tambahan pula, kisah-kisah serta hikayat-hikayat yang dikemukakan
kebanyakannya berunsur permusuhan dan kebencian.

Published
2018-01-11
How to Cite
BAKAR REDIN, Muhammad Zaid. PERIBADI MUAWIYAH IBN ABI SUFYAN RA DALAM KARYA MELAYU: KAJIAN KRITIS TERHADAP TULISAN AL-IDRUS. JOURNAL OF MA'ALIM AL-QURAN WA AL-SUNNAH (مجلة معالم القرآن والسنة), [S.l.], v. 12, n. 13, p. 81-99, jan. 2018. ISSN 1823-4356. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/MAALIM/article/view/3183>. Date accessed: 22 jan. 2018.
Section
Articles