Kerangka Asas Undang-undang Pentadbiran Slot Lapangan Terbang di Malaysia

BASIC LEGAL FRAMEWORK ON ADMINISTRATION OF AIRPORTS SLOT IN MALAYSIA

  • Noradura Hamzah mrs
  • Safinaz Mohd Hussien
  • Mahmud Zuhdi Mohd Nor

Abstract

Abstrak
Slot lapangan terbang merujuk proses melakukan pendaratan atau perlepasan bagi sesebuah pesawat udara yang perlu ditadbir untuk memastikan lapangan terbang berupaya menerima pendaratan dan perlepasan, terutamanya apabila terdapat banyak permintaan daripada pengendali pesawat udara pada sesuatu masa. Peruntukan slot di Malaysia bergantung pada Garis Panduan Slot Dunia (GPSD) yang diperkenalkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut tidak dikanunkan sebagai suatu peruntukan undang-undang. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji sejauh manakah peraturan GPSD mengikat sistem pentadbiran peruntukan slot di Malaysia menggunakan kaedah perbandingan undang-undang. Hasil kajian mendapati masih terlalu banyak kelompangan dan kekurangan dalam undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan slot. Model GPSD yang diguna pakai pada masa ini tidak dinyatakan secara statutori dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (ASPM) 2015 atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mentadbir sektor penerbangan. Pada masa yang sama, pemakaian peruntukan undang-undang persaingan dalam pengurusan persaingan juga perlu diperjelas.
Kata kunci: undang-undang antarabangsa, undang-undang sektor penerbangan, slot lapangan terbang


Abstract
Airport slots refer concerns the managing of the processes surrounding the landing or departure of an aircraft to ensure the airport is able to receive landings and departures, especially when there are multiple requests from aircraft operators at one time. Slots need to be managed and managed in order to ensure that the airport’s capacity and facilities are able to support the demand for landings and departuresm, especially during the busiest times. The provision of airport slots in Malaysia relies on the World Slot Guidelines (WSG, GPSD in Bahasa Melayu) introduced by International Air Transport Association (IATA). At present, there are no written laws governing airport slots in Malaysia. Thus, this article examines the extent to which the WSG rules bind the slot allocation administration system in Malaysia using comparative law methodology. The findings show that there are still too many gaps and shortcomings in the laws associated with slot management. The current WSG model is not made express in the MAVCOM Act 2015 or any provision of law governing the aviation sector. At the same time, the application of the provisions of competition law in the management of slots also needs to be clarified.
Keywords : international law, aviation law, airport slots

Published
2019-01-11
How to Cite
HAMZAH, Noradura; MOHD HUSSIEN, Safinaz; MOHD NOR, Mahmud Zuhdi. Kerangka Asas Undang-undang Pentadbiran Slot Lapangan Terbang di Malaysia. Kanun:Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 31, n. 1, p. 35-54, jan. 2019. ISSN 0128-2670. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/Kanun/article/view/2829>. Date accessed: 17 feb. 2019.