PAMPASAN GANTI RUGI KE ATAS MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA: TITIK INTEGRASI ANTARA DIYAT DAN INSURANS DI MALAYSIA

  • Siti Aisyah Samudin

Abstract

Kemalangan jalan raya merupakan satu bencana akibat kecuaian yang tidak mampu dielakkan. Jangkaan peningkatan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2020 dengan kadar 29 kematian sehari adalah suatu yang amat membimbangkan. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) telah mewajibkan setiap pemilik kenderaan untuk memiliki polisi insurans motor bagi untuk melindungi ahlinya daripada sebarang kerugian sebagaimana sebelum kemalangan jalan raya berlaku. Namun, sebagaimana insurans berfungsi untuk melindungi pemegang polisinya, sudah tentu ia tidak memberi apa-apa makna ke atas mangsa yang tidak memiliki polisi insurans. Dalam situasi ini, apakah kaedah pemberian pampasan yang paling efektif agar setiap mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya mendapat hak sewajarnya. Kertas penyelidikan ini mengkaji masalah utama yang timbul akibat kemalangan jalan raya iaitu situasi kebajikan pihak mangsa yang tidak terbela. Kajian ini menggunakan metod analisis kandungan dan temubual di bawah kaedah kualitatif. Lantaran itu, kajian ini mendapati bahawa penyelidikan dalam aspek pemberian pampasan khususnya dari sudut pandang dan sentuhan syariah masih berada di peringkat asas dan belum mendalam. Justeru, penyelidikan ini dilakukan bagi melihat aspek pampasan secara terperinci menurut perundangan Islam (diyat) dengan pampasan dalam perundangan Malaysia dari sudut harmonisasi dan implementasi antara kedua-dua perundangan ini.

References

Abi Daud. Sunan Abi Daud. Kitab al-Diyat; bab Diyyat al-A’dha’. No. Hadis: 4564.
Ahmad Bin Muhammad Husni. 2012. Kedudukan Insurans Sebagai Pengganti Aqilah Bagi Pembayaran Diyat Dalam Kes Kemalangan Jalan Raya Menurut Undang-undang Islam. International Journal of West Asian Studies. 4(1).
Albert W. Dzur. 2011. Restorative Justice and Democracy: Fostering Public Accountability for Criminal Justice, Contemporary Justice Review: Issues in Criminal, Social, and Restorative Justice, 14(4).
Al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Kitab al-Diyat; Bab Janin al-Mar’ah wa anna al-Aql ala al-Walid wa Asabah al-Walid la ala al-Walid. No. Hadis, 6058.
Al-Zuhayli, Wahbah. 1998. Nazariyyat al-Daman wa Ahkam al-Masuliyyah al-Madaniyyah wa al-Jinaiyyah fi al-Fiqh al-Islami Dirasah Muqaranah. Dimasyq: Dar al-Fikr.
Hilal Faraghli Hilal. 1990. al-Nizham al-Islami fi Ta’wid al-Madhrur min al-Jarimah. Riyadh: Dar an-Nashr bi al-Markaz al-Gharib wa al-Tadrib.
Khan, A. n.d. Human Ignorance ( Jahiliyyah ): Past & Present, The Dialogue, Vol VIII(4).
Kirazli, S. B. T.-I. S. 2011. Conflict and Conflict Resolution in the pre-Islamic Arab Society, Journal of Islamic Studies, 50(1).
Mohd. Shukri Hanafi. 2013. From Jahiliyyah To Islamic Worldview : In A Search Of An Islamic Educational Philosophy. International Journal of Humanities and Social Science, 3(2).
Muhammad Shahidul Islam, et. al. 2015. Compensation of Road Accidents in Islamic Law: An Analysis, Journal of Islam, Law And Judiciary, Volume 1, Issue 4.
Paizah Ismail. 2012. Pelaksanaan Diyat Dalam Kerangka Cabaran Fiqh Semasa, Jurnal Fiqh, 9(9), 2.
Pre-Contract Examination Insurance Agent. 2014. Shah Alam: The Malaysian Insurance Institute.
Pre-Contract Examination Insurance Agent. 2009. Kuala Lumpur: The Malaysian Insurance Institute.
Salleh Buang. 1999. Undang-undang Kecuaian di Malaysia, terj. Asiah Mohd Yusof, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka
Published
2021-03-15
How to Cite
SAMUDIN, Siti Aisyah. PAMPASAN GANTI RUGI KE ATAS MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA: TITIK INTEGRASI ANTARA DIYAT DAN INSURANS DI MALAYSIA. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 2, p. 15-37, mar. 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/12791>. Date accessed: 21 apr. 2021.
Section
Articles