PERMASALAHAN QADA’ SOLAT YANG DITINGGALKAN SECARA SENGAJA: SATU SOROTAN KAJIAN

  • Hasna Bidin Senior education officer of Bandar Penawar Community College
  • Mohd Nor Firdaus Omar
  • Mohd Nazari Khalid

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang permasalahan Qada’ solat yang ditinggalkan dengan sengaja sama ada ia wajib diqada’kan semula atau sebaliknya. Hal ini timbul kerana masih terdapat di kalangan masyarakat Islam yang keliru terhadap kewajipan mengqada’kan solat. Mereka beranggapan bahawa Qada’ hanya wajib dilakukan pada solat yang ditinggalkan dengan tidak sengaja disebabkan uzur Syar’ie seperti terlupa dan tertidur sahaja. Manakala solat yang ditinggalkan dengan sengaja seperti kesibukan dan malas tidak wajib diqada’kan tetapi hanya perlu bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT bagi memohon keampunan disamping memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kajian ini bertujuan memberi tumpuan kepada kefahaman sebenar mengenai Qada’, perbezaan Qada’ solat dengan Adha’ serta hukum mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja dan tidak sengaja disebabkan uzur Syar’ie. Seterusnya penyelidik akan memuatkan perbincangan ulama’ berkaitan hukum mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan berpandukan kepada bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnal-jurnal penerbitan berkaitan tajuk ini. Analisis adalah menggunakan metodologi deduktif iaitu membuat kesimpulan khusus daripada maklumat yang umum. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa wajib mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja menurut pendapat terkuat dalam kalangan jumhur ulama’. Secara kesimpulannya, hukum Qada’ solat adalah wajib secara mutlak sama ada solat yang ditinggalkan itu adalah dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Hal ini disebabkan solat merupakan hak Allah SWT yang mesti ditunaikan dan merupakan hutang yang wajib dibayar ke atas orang yang mengabaikannya.

References

Abdullah Basmeih (2010). Tafsir Pimpinan Ar- Rahman kepada Pengertian AlQuran. Edisi 14. Kuala Lumpur : Darul Fikri.
Abdullah Muhammad al-Basmih (2000). Mastika Hadith Rasulullah. c.6. j.2.
Terbitan Bahagian Hal-Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Al-andalusi,Ibn Hazmi (tt). Al-Muhalla. j.2. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.
‘Asqalani, Ibn Hajar (1997). Fathul Bari, penjelasan Kitab Sahih al Bukhari
(terjemahan). c.1. Jakarta : Pustaka Azzam. Ditahqiqkan oleh Syeikh Abdul
Aziz Abdullah bin Baz.
Bukhari al-Ju’fi, Imam Hafidz Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin al-Mughirah bin al-Bardazbah (2001). Shahih Bukhari. j.1. Kaherah,
Darul Manar.
Hilmi Ismail (2010). Pengamalan Solat Fardhu di kalangan Mahasiswa di TATi
University College (TATiUC) Kemaman Terengganu. Disertasi Sarjana
Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh. Perpustakaan Akademi Pengajian
Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hanafi Mohamed, Drs. (2006). Hukuman Meninggalkan Sembahyang. c.8. Kuala
Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Ibn Qudamah, A. M. (1968). al-Mughni. Cairo, Egypt, Maktabah al-Qahirah.
Ibn Najim, Zainuddin bin Ibrahim bin Muhammad (tt). Al-Bahru Ar-Raiq Syarah
Kanzu Ad-Daqaiq.Jil. 2.C.2.Mesir: Dar Al–Kutub Islami
Ibn Taimiyyah, Taqiyyuddin Abu Al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim bin Abd
Al- salam bin Abdullah (1997). Syarah Umdatul Fiqhi. Jil.1 .C.1. Riyadh: Dar AlA’simah.
Jawziyyah, Imam Syamsuddin Muhammad Abi Bakr Ibn al-Qayyim (1998). AlSolah wa Hukmu Tarikuha. c.2. Beirut: Dar Ibn Hazm.
Jawziyyah, Imam Syamsuddin Muhammad Abi Bakr Ibn al-Qayyim (2006).
Rahsia Solat dan Hukum Meninggalkannya. (Terjemahan dari Kitabus
Solah Wa Hukmu Tarikuha oleh Amir Hamzah Fakhruddin &
Drs.Kamaluddin Sa’diatul Haramaini) c.1. Selangor: Pustaka Dini.
Khurasani an-Nasaei, Imam Hafidz Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali,
(2003). Sunan An-Nasaei, c.2. j. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
Mohd Suhardi Mat Jusoh (2004). Pengabaian Solat Fardhu di kalangan Remaja :
Kajian di Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Disertasi Universiti Malaya. Kuala Lumpur : Perpustakaan Universiti
Malaya.
Mustafa al-Khin et. al, Dr. (April 2004). Al-Fiqh al-Manhaji (terjemahan). c. 3.
j.1.Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Nawawi, Abi Zakariyya Bin Syaraf (t.t). Kitab Al- Majmu’ Syarah Muhadzab. j. 1.
Jeddah: Maktabah al-Irsyad.
Nawawi, Abi Zakariyya Syaraf (1994). Syarah Sahih Muslim (Terjemahan).
Pentahqiq: ‘Isham Ash-Shababithi et. al. j.2. c.1.Jakarta: Dar al-Mustaqim.
Qazraini, Imam Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid (1998). Sunan Ibn
Majah.c.1. j.1. Kaherah: Dar al- Hadith.
Qarafi,Abu Abbas Shihabuddin Ahmad bin Idris bin Abdul Rahman Al-Maliki
(1994). Al- Dzakhirah.j.2. c.1.Beirut: Dar Al-Gharbi Al-Islami.
Qursyi al-Damsyiqi, al-Hafiz Abi al-Fida’ Ismail Ibn Kathir ( t.t ) Mukhtasar
Tafsir Ibn Kathir. ( Ditahqiq oleh Muhammad Ali as-Sobuni ) j.2.
Kaherah : Dar al-Sobuni
Qusyairi al-Naisaburi, Imam Abu Muslim bin al-Hujjaj (1995). Shahih Muslim. j.
9. Beirut: Dar al- Kutub al-Ilmiyyah
Sajastani al-Azdi, Imam Hafidz Abi Daud Sulaiman Ibn -Asy’as (1995). Sunan
Abi Daud. j. 1. Beirut, Lubnan: Maktabah al-Asriyah.
Syaukani, Imam Muhammad bin ‘Ali (2003). Nailul Author Syarh Muntaqal
akhbar min ahadith sayyidil akhyar. j.1.c.2. Mansoura: Dar al-Wafa’
Tirmizi, Abu ‘Isa Muhammad ‘Isa bin Saurah (t.t). Jami’ al-Tirmizi. Arab Saudi:
Bait al-Afkar al- Dauliyyah
Published
2021-03-15
How to Cite
BIDIN, Hasna; OMAR, Mohd Nor Firdaus; KHALID, Mohd Nazari. PERMASALAHAN QADA’ SOLAT YANG DITINGGALKAN SECARA SENGAJA: SATU SOROTAN KAJIAN. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), [S.l.], v. 2, p. 54-70, mar. 2021. ISSN 2600-9617. Available at: <http://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/article/view/12789>. Date accessed: 21 apr. 2021.
Section
Articles